Ahad, 4 Januari 2009

Cuti Tahun Baru

Wat pe cuti tahun baru lps??? Kami sekeluarga g tmn metropolitan Kepong atau lebih dikenali ngan tmn layang2...ptg2 mmg ramai org g main layang2 smpi jem laa jln nak smpi ke situ....kali nie kami kuar kul 11am..kunun nak g pg tp biasalah ibu byk tggjwb...basuh baju dulu...msk2 sket wat bekal g sana....msk bihun grg, popia n nugget jer....ingatkn x ramai org...ramai gak yg berkelah kat situ....kami pun tumpang semangkuk....ayah bentang picnic mat kat bwh pokok....amir kayuh laaa basikal ke hulur ke hilir....seronoknya dia....almaklum selalu kayuh sekangkang kera umah tuh....ammar pun teringin gak...tp dia tolak jer laa ngan kaki.....penat main basikal....g main kat playground lak.....ad byk org jual aiskrim....panas2 nih sedap laa dpt ngan aiskrim....so request laa ayah belikan aiskrim ekkkekee....setelah habis bekalan n hr pun dah panas...dlm kul 1pm kami pun blk .....






tp x terus blk umah...hr rabu ibu dpt tau ada whs anakku...cam teringin lak nak g...carik kat sns x der info ttg tuh...huhuuhu...cuma terbaca komen kat hytex sales jer kata sales anakku kat segambut....tp x tau exact place....segambut tu bkn besar sgt...kalau kaw perindustrian ada 1 tmpt jer.....so try laaa terjah.....hehehhehe terjahan mengena....nmpk laa banner anakku whs yg x berapa nak ada tuh......sib baik jumpa kalau x mau kena kutuk ngan ayah hehehhehe....kebetulan lak anak2 dah penat main kat tmn td....dua2 pengsan dlm kete...horeeyyyy senanglah ibu nak shopping.....tujuan utama nak carik baju tido bdk2 nih.....hehehe x ramai org.....agaknya ramai org x tau n tambah2 lak org sibuk cuti ujung taun kan.....puaslah selongkar dptlah bbp psg baju anakku ngan disney brand.....ada gak bra brand audrey ngan lilian.....beli gak ler...cuma RM15 ngan RM5 jer.....sampai kat kete ayah tgk sibuk amik gambar.....abis laa gmbr pokok2 kat situ diamiknya.....boring ek tungguuuuu...amir baru bangun....ammar syok ag tido.....

mlm sblm taun baru kami x g mana2....tgk bunga api dr umah aje....leh nmpk bunga api dr klcc huhuhuhu...ader ramai org lain yg join kami kat sepanjang flyover MRR2....meriah jdnya.....x caya.....tgk aaahhh gmbr bwh nih.....polis pun join sekali tau....ingatkn dia benti nak menyaman org....rupanya teringin nak tgk bunga api gak.....tp jln kuching ada road block.....rasanya polis nak saman mana2 yg x pakai tali pinggang kot....almaklum pemakaian tali pinggan depan n belakang dah brkuatkuasa 1/1/2009 nih kan.....emmmm camne lah nak suh bdk2 kecik nih pakai seatbelt nih kan.....haru dibuatnya....







Selamat Tahun Baru....

emmm lamanya tak menulis kat sini...sibuk x sempat nak wat karangan....tup2 dah masuk taun baru yaaa....1430 n 2009....dah bertambah umur....kedut pun dah kuar hihihi....

rasanya belum terlambat nak wish selamat taun baru kat semua pengunjung blogku ini....moga tahun nie hidup lebih diberkati...murah rezeki...dan berbahgia dengan famili tersayang....





Khamis, 6 November 2008

Cian Ammar....sob...sob...


Ammar dah x hensem.....pipinya dah ada parut....tah mcm mana masa main2 leh terjatuh dan terkena remote control vcd yang dah pecah tu kat pipi dia....dalam gak lukanya tu....pastilah nangis ngan kuatnya.....sakit ya ammar....
cepat2 ibu sapu minyak gamat....hr nie nmpk dah kering luka tu....emmm napelah ibu x buang remote control yang ammar gak rosakkan....hissshhh...hissshhhh
moga ammar cpt sembuh n leh ilang laaa parutnya tu....


Selasa, 4 November 2008

Hari Raya gathering - 27 Okt 2008

wahhh...wahhh berjaya juga aku menjemput rakan2 dtg mkn2 kat umah ku semasa cuti deepavali...
terima kasih kepada semua yg sudi datang....tetamu terawal dr ict dept...kira geng baru laaa nie...adik2ku..syikin, zila, moon n kwn zila. sorry yer dek kena tunggu nasi msk lak...hihihi

terima ksih juga wat kengkawan dr ex-ittar.....kira small reunion la....kebetulan semuanya dtg serentak....thanks fida+famili, liza+famili, kak lini+famili, ita+famili.
cian kat korang kena menapak tangga 19 tkt...smpi gigil2 lutut....harap x serik utk dtg umahku lg...dlm <>20 minit slps tu lif dah ok....lega rasa hatiku....
nnt kita calling2 kalau jd nak wat pot luck gathering....aku cam suka kalu kita dpt kumpul kat tmn klcc....cuba korang pk2 tarikh yg best...hihi
norliza+famili n kak ina+kengkwn....terima kasih sudi luangkan masa ya....nie kwn umah sewa masa bujang2....kat kg baru....

dlm kul 6++ kak cha+rombongan pun smpi....terima kasih akak sudi gak dtg....wpun fadhil mesti penat baru blk kije.....

last sekali terima kasih juga utk kengkawan abg mie...jiran tkt bwh...rakan2 radio abg mie....

haaaa x lupa juga wat adik tersyg ekekeke yang teruk brtungkus lumus membantu kakaknya memsk nasi, ayam msk merah, dalca, rendang, acar n bihun/mee sup tulang....heehehee cik ieta n wat adik bongsu..sopi yang dtg mkn hihiii....

tima ksih gak kat mak yg bg resepi nasi daging tp kali nie bad luck laaa kureng jd....tipah yg trsilap.....

utk yg x dpt hadir....mungkin tiada rezeki wat kali ini....
buat semua bila2 ada kelapangan jemputlah dtg ag ya.....hihi seronok bila dah lama x berjumpa dpt berkumpul.....rasa hilang semua penat lelah bila jumpa korang....muaaahhhh salam syg wat semua..... layanzzzz gmbr ek....















































































Rabu, 29 Oktober 2008

Penawar Kepenatan, amalkan...

Dalam keadaan penat wat jamuan yg masih bersisa....terbaca lak artikel nie dr fotopages mamafami....dan disebabkan tau ramai kengkawan yg setiap hari merasa penat hehehehe maka dengan niat yg suci disebarkan ilmu ini utk dijadikan amalan....moga kita semua akan tersenyum dlm melaksanakan tanggungjwb seharian....

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman. "

Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Jumaat, 24 Oktober 2008

Kasih Adik

huhuuhu lama x update blog aku nie....hari nie hubby amik lambat sbb jln Kl byk yg jem....agaknya sbb org amik peluang balik kg sempena cuti 3 hr nie....ditambah ngan ujan ag....sambil tunggu husband baca laa email.....trbaca lak email yg syahdu nie....so rasa cam nak share kesyahduan ngan kengkwn....so kwn2ku layanzzzz citer kat bwh nie yaa....

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripadaaku.Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis keti ka itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. "Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kataitu,hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut. "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah.Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran keperingkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu diruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang.!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah danibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg..sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. "Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"

aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan.biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yangtercatat... "Kak.untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak...Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi.aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung,juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya.."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. "Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki kesekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. "

Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kitadapat.dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Rabu, 10 September 2008

DaisypathAnniversary Years Ticker

Menghitung usia anak-anakku

Abg Long aka Amir Syauqi

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers