Jumaat, 25 April 2008

Petang yang hiba

Semalam suamiku tel jam 11.30am memberitahu ttg kematian tok sedaranya...tok sedara angkat di Batu Caves, kami panggil tok batu caves..... Disebabkan dekat maka kami pun bergegaslah p ziarah...kira 1/2 day aa semlm....smpi kat umah sedara tu kul 2pm....

Jenazah sedang disiapkan untuk dimandikan....hati teringin nak tgk proses memandikan jenazah tp takut lak sbb anak2ku masih kecil....so tunggu jer laaa semerbak bau kapur barus...

setelah siap dimandikan jenazah nak dikafankan....first time tgk org kafan jenazah....sblm angkat jenazah akak yg uruskan semua proses mandi dan kafan tu dah sediakan kain yang pelbagai bentuk....ada utk bahagian kaki...ada bahagian baju....ada bahagian kepala...7 lapis kalau x silap...

kain tu dibentangkan dan diletakkan kapas diatasnya dan ditaburkan serbuk warna kuning...kapur barus kot....kureng arif yg nie...then jenazah diletakkan di atas kapas tersebut..pas tu akak tu pun letakkan kapas kat setiap bahagian tubuh jenazah dr bawah ke atas....dan smpi kat setiap bahagian cthnya pinggang akan dibalutkan dengan kain putih...kemudian diikat bahagian kaki...kemudian dipakaikan baju.... dikemaskan rambutnya....dibalut dengan kain putih....diletakkan kapas pada bahagian kepala dan leher...dibalut bahagian bawah kepala dgn kain putih...hanya tinggal muka sahaja.... muka disapukan dengan bedak sejuk....

Sebelum mukanya ditutup akak pengurus jenazah memanggil anak2 dan ahli keluarga utk mencium atau melihat muka jenazah wat kali terakhir....masa nie mula laaa air mata berjujuran....den pun x tahan turut mengalirkan air mata....

Setelah selesai muka jenazah ditutup dengan kapas....kemudian dengan kain....dan dipunjut pada bhgn atas kepala....dan ditutup denagan kain batik lepas.....

Semasa jenazah hdk dibawa keluar dr umah ke masjid cucu kesygan tok menangis teresak2 dgn kuat...membuatkan org lain touching sama....

Jenazah disolatkn di masjid slps asar....masa nie den x ikut....hubby suh tunggu aje kat umah...solat dan kebumi selesai selepas jam 6.30 ptg...alhamdulillah semuanya berjalan lancar....dgn cuaca yang baik....

Sebelah mlmnya diadakan bacaan tahlil dan yassin.

Moga roh arwah bersemadi dgn aman dan arwah berada di dalam kalangan org yg beriman...Aminnn

Khamis, 24 April 2008

Tetamu pertama







Diana, shahrul, aid dan adik iparnya merupakan tetamu jauh pertama yg dtg umah pas alongnya nie masuk umah baru.....cik ita x kira aaaa sbb umah sblh blok jer....opppsss lupa lak usu pun dtg gak....
Umah lum abis kemas ag...sepah ag yg dlm bilik tu....disebabkan smpi umah dah kul 8 mlm...x sempat aaa nak masak2....so jamu KFC jer laaa.... sib baik adik ipar yg pregnant tu mmg ngidam nak mkn KFC...suka sgt aaa dia...

Ciannya kat diaorg nie...dtg masa lif rosak...nak naik umahku tkt 19 lak tu....ada 1 lif aje yg function lama laa jem kat bwh tu.....lg haru time nak balik dua2 lif rosak....berpeluh korang turun tangga yek.....harap2 x serik laaa nak dtg umah along ag....hehehehehe



Family day @Cameron dlm kenangan












Tahun lepas 29/4 - 30/4 adalah kali pertama kita wat family day. Kat Cameron Highland. Kita duk kat Country Lodge Resort, besar bilik tu....ada 3 bilik kat dalamnya, ada living and dining yang besar.....biasanya bilik tu guna utk company meeting kot....sbb ada white board and peralatan meeting...


Sejuk gila duk kat atas tu putih jee berkabus.... sebelum smpi kat atas, kita singgah kat air terjun... sekadar cuci2 mata sambil mkn goreng pisang panas...


Sebelah mlm ada pasar mlm....kita pun beramai2 p....mcm2 beli....diana sibuk nak carik buah warna hijau...mahal buah tu...lupa lak berapa harganya....beli kaktus yg kecik2 tu...


hari kedua kita p lawatan ke strawberry farm....jln jauh naik smpi atas....beli laaa buah strawberry bsh n kering, beli salad...murah jer 4 jenis RM10, lalu ladang teh, kaktus farm...




Selasa, 22 April 2008

Hari Bumi

Sempena hari bumi pada hari ini kita pun tukar laaa skin kita nie jadi warna hijau, supaya mata kengkawan yang membaca rasa sejuk dan nyaman aje serta menambahkan keinginan untuk berkunjung ke blog kita nie lagi...keh..keh...

Cian kat bumi kita nie kan ...dah tua dah dia nie....meh laa sama-sama kita jaga bumi kita nie... jangan buang sampah merata-rata, kurangkan pembakaran terbuka, rajin-rajin tanam pokok...jgn laaa tanam lalang....heheheheh

Pagi tadi on d way nak p keje, dgr laaa 3 dj ERA radio si nana, adi dan kiran... dapatkan komen dari orang ramai ttg isu hari bumi ini...nampaknya rakyat Malaysia sungguh perihatin dan sayangkan bumi kita nie...

History of Earth Day

Earth Day -- April 22 -- each year marks the anniversary of the birth of the modern environmental movement in 1970.
Among other things, 1970 in the United States brought with it the Kent State shootings, the advent of fiber optics, "Bridge Over Troubled Water," Apollo 13, the Beatles' last album, the death of Jimi Hendrix, the birth of Mariah Carey, and the meltdown of fuel rods in the Savannah River nuclear plant near Aiken, South Carolina -- an incident not acknowledged for 18 years.


It was into such a world that the very first Earth Day was born.
Earth Day founder Gaylord Nelson, then a U.S. Senator from Wisconsin, proposed the first nationwide environmental protest "to shake up the political establishment and force this issue onto the national agenda. " "It was a gamble," he recalls, "but it worked."


At the time, Americans were slurping leaded gas through massive V8 sedans. Industry belched out smoke and sludge with little fear of legal consequences or bad press. Air pollution was commonly accepted as the smell of prosperity. Environment was a word that appeared more often in spelling bees than on the evening news.
Earth Day 1970 turned that all around.


On April 22, 20 million Americans took to the streets, parks, and auditoriums to demonstrate for a healthy, sustainable environment. Denis Hayes, the national coordinator, and his youthful staff organized massive coast-to-coast rallies. Thousands of colleges and universities organized protests against the deterioration of the environment. Groups that had been fighting against oil spills, polluting factories and power plants, raw sewage, toxic dumps, pesticides, freeways, the loss of wilderness, and the extinction of wildlife suddenly realized they shared common values.

Earth Day 1970 achieved a rare political alignment, enlisting support from Republicans and Democrats, rich and poor, city slickers and farmers, tycoons and labor leaders. The first Earth Day led to the creation of the United States Environmental Protection Agency and the passage of the Clean Air, Clean Water, and Endangered Species acts.
Sen. Nelson was awarded the Presidential Medal of Freedom -- the highest honor given to civilians in the United States -- for his role as Earth Day founder.


As 1990 approached, a group of environmental leaders asked Denis Hayes to organize another big campaign. This time, Earth Day went global, mobilizing 200 million people in 141 countries and lifting the status of environmental issues on to the world stage. Earth Day 1990 gave a huge boost to recycling efforts worldwide and helped pave the way for the 1992 United Nations Earth Summit in Rio de Janeiro.

As the millennium approached, Hayes agreed to spearhead another campaign, this time focused on global warming and a push for clean energy. Earth Day 2000 combined the big-picture feistiness of the first Earth Day with the international grassroots activism of Earth Day 1990. For 2000, Earth Day had the Internet to help link activists around the world. By the time April 22 rolled around, 5,000 environmental groups around the world were on board, reaching out to hundreds of millions of people in a record 184 countries. Events varied: A talking drum chain traveled from village to village in Gabon, Africa, for example, while hundreds of thousands of people gathered on the National Mall in Washington, D.C., USA.

Earth Day 2000 sent the message loud and clear that citizens the world 'round wanted quick and decisive action on clean energy.


Now, the fight for a clean environment continues. We invite you to be a part of this history and a part of Earth Day. Discover energy you didn't even know you had. Feel it rumble through the grass roots under your feet and the technology at your fingertips. Channel it into building a clean, healthy, diverse world for generations to come.

Kalau tak suka pulangkan

**** sedih citer nie....aku nangis tau.... ekekekeke moga kisah ini menjadi pengajaran yang baik wat semua....sayangilah keluarga anda.....

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya. "Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. "Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. "Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus.

Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun."Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. "Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut."Fail saya kat depan tu mana?""Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.""Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan.""Lama?" Soal Laila."Dalam seminggu.""Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?" "Budak-budak? ""Ikut jugalah.""Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&""Masa tu Am irul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Am irul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!""Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur."Awak masak apa?" "Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Am irul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. "Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!""Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong."Laila.." serunya "Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba."Sunyi pulak rumah ni mak," "Lama-lama kau biasalah."Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya."Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?" Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. "Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat.

Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. "Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Am irul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. "Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. "Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan "Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" "Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Am irul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?" "Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya."Ikut boleh?""Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami." "Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. ""Papa pesanlah..""Nantilah besar sikit." Dalihnya."Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.""Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.""Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?" Mereka dia tinggalkan di rumah.

Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. "Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya.

Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

"Kalau tak suka pulangkan," Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Am irul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.

Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan................

Isnin, 21 April 2008

Kepulangan

Hari Sabtu lepas aku mendapat sms dari kawan baik aku Yusz yang menulis "Salam, just nak bgtau mak yusz telah meninggal pukul 3 tadi". Aku terkejut! dan terus menelefon yusz tapi x berangkat. Then aku telefon hp husband yusz, dia berada di balai polis untuk menguruskan sijil kematian. Katanya sebab kematian adalah sesak nafas...lgpun mmg mak yusz nie ada sakit tairod sebelum nie....TAKZIAH untuk yusz sekeluarga atas kembalinya ibu tersayang ke rahmatullah...didoakan ibumu akan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....yusz tabahkan hati ya...

Sesungguhnya HIDUP itu lawannya MATI....maka hargailah masa-masa seketika bersama orang tua kita yang telah banyak berjasa...

Byk nostalgia bersama arwah....seorang yang peramah dan mudah mesra dengan semua kawan2 yusz....perkenalan yang bermula di UTM....umah sewa di skudai....bekerja duduk di Kampung Baru.... keluarga yusz selalu ziarah kami berempat...teman rapat masa bujang2....liza dan ana....kalau dtg hostel or umah sewa kami mcm2 makanan yg dibawanya....semuanya kenangan indah yang kekal dalam ingatan....

Jumaat, 4 April 2008

Kenduri Suhana-anak Cik Su

nie keluarga sebelah abah, mak mek teh n sepupu n 2 pupu kitaorg....
nie laaa pengantin n keluarga pengantin... 2 girls yg duduk tu masih solo....

diana, aloi, shahid n ila

emak tersayang n cik su


Minta maaf cik su sbb x dpt balik bersama meraikn hari bahagia nana... tangan x berapa sihat ekeke... didoakan nana akan berbahagia sehingga ke akhir hayat n dikurniakn putera n puteri yg comel2...

Hantu air


Amir ngan cousin dia Shahid dibawa oleh ayah dan abah masing2 mandi kat swimming pool...masa nie famili gathering kat Glory Beach Resort, PD. Sebenarnya nak p umah pak ngah ada kenduri kahwin anaknya kat senawang tp sambil nyelam minum air laaa katakn...sempat laaa p brcuti ramai...

emmm budak2 kecik nie pantang jumpa air....dah sejuk ketar2 bibir pun x mahu balik gak....akhirnya nangis2 pun ayah n abah hangkut bwk kuar dr swimming pool....

ramai lak bdk2 lain yg berkenan kat shahid tu....siap dia bg shahid pelambung n tolak shahid dlm kolam tu....

Actually, gathering nie dah lama bln Nov 2007, cuma cik ita baru pas gmbr kat along dia nie...










DaisypathAnniversary Years Ticker

Menghitung usia anak-anakku

Abg Long aka Amir Syauqi

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers